Sunday, 10 May 2015

Maksud Etika

  • Gluck (1986 : 176) telah mendifinasikan etika sebagai, " kajian filosofikal terhadap moraliti".
  • Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai "prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen" dan sebagai "satu standard tingkahlaku ".
  • Manakala istilah etika dikalangan teknokrat merujuk kepada kajian-kajian mengenai isu-isu 'standard moral' yang melibatkan para teknokrat yang boleh membantu meningkatkan integriti profesyen mereka.
  • Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara, bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya.

        Dalam masyarakat moden sekarang ini norma keagamaan semakin ditinggalkan dan masyarakat lebih menuju kepada kemajuan material untuk mencapai kesenangan hidup. Sumber-sumber moral kini datang dari set etika yang dihasilkan oleh ketentuan akal manusia dan pengkajian terhadap kehidupan manusia.
Hubungan etika kerja profeesional dengan kehidupan manusia digunakan untuk mengawal tingkahlaku ahli professional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan samaada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai professional. Oleh itu, etika kerja professional merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa.


         Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. - dalam apa jua tindak tanduk. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri. Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai tahap etika yang dikehendaki. Secara kesimpulannya dapatlah kita simpulkan bahawa etika itu wujud dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri individu itu sendiri

Saturday, 9 May 2015

Standard Guru Malaysia (SGM)

Apa itu Standard Guru Malaysia (SGM)
  • Standard Guru Malaysia (SGM) adalah satu poses berterusan bagi menetapkan tahap pencapaian kompetensiprofesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang.
  • SGM akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.


Rasional :
1. Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi.
2. Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap.
3. KPM berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru, dan
4. SGM menggariskan kriteria dan standard guru selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia.

Tujuan :
SGM digubal bagi tujuan yang berikut :
1. Mengenal pasti tahap kopetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
2. Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.

Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran pada masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tinggnya.
    1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
      1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
      2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
      3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
      4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
      5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
      6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
    2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
      1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
      2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
      3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
      4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
      5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar.
      6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
    3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
      1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
      2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
      3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
      4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
      5. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
      6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
    4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN
      1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
      2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
      3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
      4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru dalam profesion keguruan.
      5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.
      6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
CATATAN:
Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengh dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.
 Rujukan daripada :

Etika Profesion Perguruan

Maksud Etika 

1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)
2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.


Maksud Etika Profesional

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.


Skop Etika Profesional 
1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.
3. Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Kepentingan Etika Guru

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi

Tanggungjawab guru

1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.
6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.
7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.
10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.
13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya.
16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya.
19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan


Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-
Niat yang betul
Perlakuan yang baik
Pengerak ke arah kebaikan
Memperkotakan apa yang dikatakan
Berdisiplin dan beradab
Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi


NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.

Nilai-nilai itu adalah:
Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ihklas
Penyayang

Akauntabiliti keguruan

1.0 Konsep keguruan

Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

2.0 Konsep Akauntabiliti

Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.


3.0 Akauntabiliti keguruan

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.


Akauntabiliti guru terhadap


3.1 Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.

3.2 Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.

3.3 Sekolah

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

3.4 Masyarakat dan Negara

Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .

3.5 Profesion Keguruan

Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.


4.0 Penutup

Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.




Sumber daripada :

Pengalaman Semasa Menjalani Latihan Mengajar

Pada 14/7/2014 sehingga 7/11/2014, saya telah menjalani latihan mengajar di SMK Kg. Pasir Puteh, Ipoh, Perak. Saya mengajar Tingkatan 4 Sc1 dan 4 MPV. Saya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu bagi kedua-dua kelas tersebut. Terdapat banyak kenangan sepanjang saya menjalani latihan mengajar di sana. Syukur Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Berikut merupakan beberapa kenangan di SMK KG. Pasir Puteh, Ipoh, Perak.



                                          Pelajar 4 SC1



                                       Pelajar 4 MPV



                 Bersama pasangan latihan mengajar



Bersama penyelia latihan mengajar

Bersama barisan pentadbir SMK KG. Pasir Puteh, Ipoh, Perak

Bersama rakan yang menjalani latihan mengajar yang lain

Sekolah Latihan Mengajar (SMK KG. Pasir Puteh, Ipoh, Perak)



Pada 14/7/2014 sehingga 7/11/2014, saya telah menjalani latihan mengajar di SMK KG Pasir Puteh, Ipoh, Perak. Saya mengajar Tingkatan 4 SC1 dan 4 MPV. Saya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu bagi kedua-dua kelas tersebut. Berikut merupakan serba sedikit maklumat berkaitan SMK KG. Pasir Puteh, Ipoh, Perak.


                                                            Lencana SMK Kg. Pasir Puteh


Visi Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Kg Pasir Puteh, Ipoh Menjadi Organisasi Ilmu Yang Cemerlang Dalam Bidang Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah Menjelang Tahun 2015
Misi Sekolah
Kami bersama-sama melaksanakan Sistem Pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan untuk melahirkan kecemerlangan yang bertaraf dunia dalam bidang :
i.    Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus.
ii.   Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan
       peperiksaan awam yang terbilang..
iii.  Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.
iv.  Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
v.   Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi
      nasional.
Falsafah sekolah
“…..Sekolah Menengah Kebangsaan Kg Pasir Puteh, Ipoh berkepercayaan penuh bahawa setiap manusia dilahirkan sebagai makhluk yang mulia, boleh diajar dan dididik menjadi insan yang sempurna sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara”

Cogan Kata Sekolah
Berilmu
Beriman
Berbakti

PIAGAM  SEKOLAH
 Kami warga pendidik Sekolah Menengah Kg. Pasir Puteh, Ipoh dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami:
1.       Membentuk dan melahir warganegara yang selaras dengan matlamat Falsafah  
          Pendidikan Negara.
2.       Mengurus dan mengelola segala aktiviti yang diamanahkan kepada kami secara  
          profesional dan cemerlang.
3.       Merancang, mengelola, menyelia dan menilai segala aktiviti pendidikan yang 
          dijalankan secara sedar untuk meningkatkan prestasi para pelajar.
4.       Membimbing para pelajar secara adil dan saksama tanpa mengira latar belakang 
          sosio-ekonomi mereka bagi mencapai kecemerlangan.
5.       Mewujudkan perhubungan mesra, hormat-menghormati, saling bantu-membantu 
           di kalangan warga pendidikan dan para ibu bapa pelajar.
6.       Memberi kerjasama yang sebaik mungkin kepada Kementerian Pelajaran, Jabatan
          Pelajaran Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta.